utk rujukan:
bab 1, hadith 1, kitab al adab al mufrad:
daripada Abi ‘Amru asy-Syaibani berkata: Telah menceritakan kepada kami tuan rumah ini, dan menunjukkan dengan tangannya kepada rumah Sayyidina ‘Abdullah bin Mas’ud, beliau (Sayyidina ‘Abdullah bin Mas’ud) berkata:
Aku bertanya kepada Nabi ﷺ tentang amalan apakah yang disukai oleh Allah?
Baginda ﷺ bersabda:
‘Solat pada waktunya’
Aku berkata lagi:
‘Kemudian amalan apa?’
Baginda ﷺ menjawab:
‘Berbuat baik kepada kedua ibu bapa’
Aku berkata lagi:
‘Kemudian amalan apa?’
Baginda ﷺ menjawab:
‘Berjihad pada jalan Allah’
Beliau berkata: ‘Baginda ﷺ bersabda demikian kalau sekiranya aku meminta tambah, nescaya Baginda akan menambahnya.’